Mira.
kita kawan ke? #2
26 November 2013 | 8:59 pm | 0 comments
sambungan. aku taktahu kenapa rasa rajin sangat nak update. mungkin sebab bosan. ntah. aku minta maaf. kadang kadang aku rasa ego tinggi. buat keputusan tanpa fikir perasaan orang lain. maaf. bukan niat aku nak balas dendam. mohon kau faham. kita semua memang berazam nak sambung pengajian tingkatan 4 dekat sekolah lain. tapi. aku kena fikir tentang keluarga aku juga. aku anak perempuan tunggal dalam keluarga bukan mudah mak ayah aku nak lepaskan. mungkin bidang yang kita pilih terhad. taksemua tempat yang dekat dekat ada. nak nak lagi bidang yang kita pilih semua sama. even pada mula kita semua pilih bidang yang taksama. lama lama kauorang pilih bidang yang aku suka. walaupun kauorang taktahu menahu pun pasal bidang tu cemana. kauorang sanggup asalkan kita semua sama tempat belajar. terharu. tapi aku yang rosakkan. aku kejam. aku terpaksa pilih tempat lain. aku terpaksa rahsiakan. pada mulanya aku tukar tempat yang kita pilih. tapi aku tukar balik sebab aku tak sanggup. biarlah aku belajar tempat lain. biar aku bawa diri aku seorang diri. sekurang kurang kauorang ada sesama sendiri.

banyak perancangan kita dah fikir kalau belajar tempat yang sama. macam macam. tidur sebilik la. satu dorm la. duduk sebelah sebelah time belajar macam dulu. even taktahu pun dapat ke tak. kita merancang tuhan yang menentukan. aku selalu berdoa moga apa kita rancang, terjadi. akan tetapi itu semua bakal jadi angan angan yang kabur. aku bersyukur ada kawan yang selalu support apa jua keputusan aku even kauorang tak setuju. kadang kadang kita kena buat keputusan yang kita taksuka demi kebaikan semua orang. itulah yang aku sedang lakukan. 

MOGA KITA SEMUA PEROLEHI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN

|
EM


\\family & bestfriends//


Backup

Template by : Alia L.Joe's
Tutorial : Samiqa
Background : Samiqa