Mira.
miracle
2 November 2013 | 5:31 pm | 0 comments
Hello. 

Memang adat kalau bergaduh dengan kawan baik.  memang orang kata asam garam dalam persahabatan.  tipulah kalau aku kata aku takpena gaduh dengan kawan aku sendiri.  siapa tak marah bila kita rancang sesuatu dah berharap benda tu jadi kenyataan last last hancur punah ranap.  memang semua orang ada masalah dan tak semua masalah boleh kongsi.  iya benar.  aku cukup masak dengan perangai kawan kawan aku.  kata orang jangan cakap buruk pasal kawan sendiri walaupun gaduh besar macam mana sekalipun.  aku cuba.  beb.  aku ada perasaan.  kalau kauorang asyik ikut kepala masing masing, kita takkan bersatu.  sorang ke barat, sorang ke timur.  aku nak kejar mana satu pun aku pening.  aku cuba sedaya mampu aku untuk jadi kawan yang baik.  jangan ambil kesempatan.  aku ucap terima kasih sebab selalu ada dengan aku susah senang.  selalu backup aku bila ada orang cari masalah dengan aku.  aku perasan semua benda ni.  aku nak balas jasa kauorang dengan jadi kawan yang baik.  bila aku cuba fahan sorang punya sorang perangai, kauorang....  

Aku ingat lagi sebelum pmr, kita belajar, buat study grup tapi gosip je lebih.  kita memang susah nak serius buat sesuatu benda ada je benda nak gelak.  aku rindu sangat nak lepak sama sama lagi.  sebab tu bila cikgu buat program lepas pmr, aku nak kita semua pergi semua program supaya dapat lepak sama sama tapi semua tu hanyalah angan angan.  masa pergi camping, isi borang semua pergi, last last 2 orang je pergi.  gais.  bosan sangat takada kauorang, aku dengan syazana rasa sunyi sangat.  dekat sana tak henti henti aku cakap dekat syazana 'syazana, kau tak rindu diaorang ke?' 'aku rindu sangat dengan diaorang' 'diaorang ada mesti lagi besh'.  syazana sampai diam tak terkata.  aku bukanlah nak ungkit apa yang dah berlaku cuma nak luahkan apa aku rasa.  

Fatin, kau selalu sokong aku walaupun apa yang aku nak taknak tercapai. kaulah kawan, kaulah mak tiri aku.  bila ada masalah cinta aku selalu ngadu dengan kau.  even kau sendiri ada masalah dengan cinta.  kadang kadang terbalik.  kau minta nasihat aku.  aku cuba sedaya aku untuk bagi nasihat yang baik agar kau kembali semangat.  sama macm kawan kawan yang lain.

Khalishah tak pernah berhenti bagi aku nasihat suruh sabar dengan kau bila kau hilang tanpa khabar berita. kau hilang seminggu tanpa berita cukup buat aku risau.  sampai aku menangis sebab terlampau sakit hati.  kau takpernah menyusahkan aku atau diaorang.  takpernah beb.  aku cuma terasa sahaja dengan sikap kau.  sampai rasa fedup.  tapi bila kenang kembali kenangan kita semua.  aku sabar.  aku tiap tiap hari stalk twitter kau beb.  aku juga stalk twitter kawan kawan yang lain.  bukan nak menyibuk.  cuma nak ambil tahu. 

Moga persahabatan kita kekal selamanya.  insyaAllah.  moga kita masih bersahabat seperti dulu.  aku nak kau yang dulu.  jangan berubah sebab keadaan beb.  rendahkan ego kau.  ego akan memakan diri kau sendiri.  moga kau ingat hari penting aku.  takada hadiah pun takpa.  janji kau ingat.....

taksabar nak cerita segalanya dengan kauorang semua............





|
EM


\\family & bestfriends//

History


Backup

Template by : Alia L.Joe's
Tutorial : Samiqa
Background : Samiqa